"call me when you need me..silent if you don't.." (BFF, Feb 13, 2012)

MALAON YANG BAJET COMEL TA' MENAHAN

Sabtu, 26 Mei 2012

Cuti Mid Term of the Second Term of the Semester



mungkin ada yang girang gembira sangat

image

tapi jangan dilupa segala tugasan yang berlambak-lambak dan final exam yang lagi 3 minggu kau nak hadap!!

Rabu, 23 Mei 2012

Mutakhir Ini Aku Gemar Makan Nasi Lemak

Assalamualaikum wbt,

kalau dtanya feveret food korang, pasti paling-paling ada lah dalam 197 jenis makanan yang korang boleh listkan kan? tak pun mesti lebih lagi..boleh dikata semua pon nak jadi feveret..well this is Malaysia yaww!! kaya dengan makanan, sebut je apa nak, pasti dapat (kalau ada duit lah). dan memang tidak menghairankan peratusan yang menghidap obesiti ataupun perut membusung kehadapan meningkat dengan rancaknya tika ini.

berbalik kepada sikap aku yang gemar akan Nasi Lemak. boleh dikata pagi petang, siang mahupun malam, menu aku adalah Nasi Lemak berserta ayam goreng berempah. aku tak tahu makcik tu bubuh apa sampai aku nak makan nasi lemak dia hari-hari. dan dua hari lepas aku jumpa satu tempat lagi yang boleh aku kata yess..inilah tempat baru yang boleh menggantikan nasi lemak yang aku kagumi selama hari ini. senang cite aku akan prefer nasi lemak lah kalau ada menu nasi lemak kat kedai-kedai makan yang aku tuju nih..

satu je harapan aku supaya aku dapat menggemok dengan menjadikan nasi lemak sebagai menu harian aku. aku tak tahan dihina, diperli dan dikeji dengan ayat..eh kau ni kurus sangat lah!! aku menyampah giler dengar ayat tu..sebab kau hengat aku tak cukup makan ke? okay bunyi macam tak mensyukuri nikmat tubuh badan yang dah ideal ini kan? alhamdulillah..korang jeles ke aku kurus? tak kan?? so jangan manyak bunyi!!

jap-jap belum habis aku nak post something kat sini buat tatapan korang untuk muhasabah diri korang balik. khas untuk manusia yang punya nafsu makan astaghfirullah tapi bila dah beli atau order makan banyak-banyak tak reti nak peghabih!! boleh jatuh berdosa sebab membelanjakan harta ke arah yang sia-sia...yela sia-sia lah kau dah beli pastu kau bagi tong sampah makan...sia-sia la kan? tak betul? pikiaq la sendiri naa!!


so aku harap, rakyat Malaysia yang kaya dengan makanan ini, beringatlah sedikit jika mahu membazir makanan yang korang hadap hari-hari tuh. kita dok komplen makanan tak sedap, tapi pernah terfikirkah di benak korang berapa juta orang kat dunia ni yang tak dapat makan, melarat, kurus bagai bangkai bernyawa. yessz aku faham ada jugak yang mengamalkan konsep berhenti sebelum kenyang yang disaran Rasulullah, tapi bukan dengan cara kau dah beli makanan dan bila rasa kenyang, kau tak habis, kau buang makanan tuh.

nih Ramadan nak mai lagi dua bulan, memang nikmat makanan kita terlampau-lampau bila tiba Ramadan, beringatlah semasa kita masih dikurnia nikmat yang banyak, dimasa depan kita tak tahu nasib kita, jangan menyesal bila tiba masa kita pula kesempitan.



Isnin, 21 Mei 2012

Kelebihan dan Fadhilat Bulan Rejab



Sabda Nabi s.a.w.:

Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do’anya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.
doa di bulan Rejab

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribukejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu.
Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Wallahu A’lam…

Bukan Baju Kurung Sepatutnya Longgar ke?



Assalamualaikum wbt,

kan santek baju kurung longgar camnih!!

pernah tak cik adik, wanita melayu si cantik manis, intan payung semua mendalami sedalam-dalamnya perihal BAJU KURUNG? ke dari kecik dulu mak suruh pakai baju kurung taim nak raya pastu pegi sekolah pun kena pakai baju kurung kan? so pakai sekadar pakai atau melihat sisi baju kurung itu sebagai busana terindah warisan kita?


terus terang, aku gemar memerhati, eh bukan.. actually gemar melihat wanita mengenakan baju kurung..tak tahu kenapa..suka ngat aihh, lagi-lagi trend sekarang yang kembali dengan baju kurung yang 100% cotton tu..suka giler..sebab nampak sangat klasik, lepas tu dikenakan dengan tudung bawal plain..owh menariknyer...kemelayuan sangat kann??

okay enough!! tapi aku jadi menyampah bila ada orang Melayu sendiri menghina busana indah ini. ye menghina..sangat menghina.. aku benci dengan manusia yang memperlekeh asal-usul tradisi..baju kurung itu tradisi, supposed patern dia dari dulu sampai sekarang adalah sama..sebab, sebab apa kau tahu?

sebab baju kurung tu memang pakaian muslimah. melayu itu islam..menurut perlembagaan persekutuan..melayu itu islam okay!! JELAS??

SO APA YANG AKU NAK CAKAP SEBENARNYER?
take a look at this!!


aku tak pernah kesah kalau kau nak letak blink-blink, labuca-labuci, manik-manikam sume sampai dari 50km pon orang boleh nampak baju kau bercahaya-cahaya bila dipanah mentari, tapi harus ke kau nak cakap..yes aku pakai baju kurung, tapi lihatlah dadaku terbojol-bojol, pinggangku yang ramping semua-semua..kfain aku bukan anti fashion baru, moden, semua..tapi aku cabar keimanan korang kalau nak sangat pakai baju macam diatas, sila kenakan tudung labuh yang macam graduan dari Al-Azhar pakai tu yang sampai menutup bontot tu..mampu?? haruslah tak kan..sebab kau buat potongan baju macam ni memang kau nak tayang bahagian atas tu, apa celop nak pakai tudung labuh sume-sume, hapuslah reputasi kalau camtu.

so kalau nak pakai baju kurung, cari baju kurung yang betul-betul mengurung diri kau, mengurung aurat kau..jangan jadi orang yang hupdate pasal pesen tapi terbojol sana terbojol sini..eeuuuwww..geliiii

#ada jugak wanita yang aku nampak pakai baju kurung yang takde shape pun tapi pakai baju kurung adik yang 8 tahun tu, sama je lah kalau camtu..terbojol sana sini jugak..fikirlah sendiri dah besar kan?


Ahad, 20 Mei 2012

Macamlah Masalah Kau tu Membawa Maut




Assalamualikum wbt,

kajian mendapati lebih 80 peratus rakyat Malaysia tak solat, sama ada itu termasuk dalam data-data orang Islam Malaysia yang tak solat 5 waktu ataupon solat tak sempurna adalah diluar pengetahuan aku. sebab bukan aku yang menjalankan kaji selidik itu. aku percaya aku juga adalah antara yang menyumbang kepada peratusan itu. memalukan!!..yer kadang solat terlepas lagi-lagi solat subuh, jarang sangat solat subuh yang sebenar-benar subuh. SADIS..

jadi dekat sini tidak menghairankan bila ramai dari kita termasuk aku yang susah sangat nak mejalani kehidupan ini dengan rasa tenang, rasa bahagia. memikirkan masalah yang ada seolah Allah itu tiada untuk membantu. sedangkan Allah itu maha pengasih dan pemurah. minta saja apa yang kau mahu, inshaALLAH Dia akan permudahkan.

soal rasa kecewa, rasa tak guna, rasa bodoh itu sepatutnya diketepikan setelah kita bermuhasabah diri, bukan terus-terusan menyalahkan keadaan sekeliling seperti enggan beriman dengan Qada dan Qadar Allah saja.

jadi semuanya berbalik kepada hubungan kita dengan Pencipta kita, mengadu padanya segala permasalahan, bukan dengan menghupdate status di FB, Twitter mahupun Blog dengan harapan orang akan rasa simpati dekat kau sedangkan ramai orang yang hanya membaca status kau itu selagi ia terpampang di home fb atau timeline twiter mereka. lama-lama hilang orang pun lupa. Tapi jika kau mengadu pada Allah, Allah akan terus mendengar rintihan kau dan dengan segala rahmat yang Dia ada dicurahkan pada kau sebanyak-banyaknya nikmat yang tak terjangkau dek akal.

jadi terus bersyukur dengan apa yang kau ada, perbaiki hubungan dengan Allah. inshaALLAH semua kan kembali okay.

#sumpah entri ni untuk peringatan aku sendiri, jika ada yang rasa nak apply dalam kehidupan memasing, terserah kerana masalah takkan terhindar dari manusia selagi tiada rasa nak menyelesaikannya dari pucuk pangkal iman. 

Rabu, 16 Mei 2012

Pernah Kena Berdiri Dekat Tapak Perhimpunan Tengah Panas Sebab Tak Hafal Sifir

Assalamualaikum wbt,

aku berkesempatkan jugak untuk hupdate hari ini sempena Hari Guru. Bila sebut pasal guru kita punya paradigma atau pemikiran hanya tertumpu kepada guru sekolah saja kan. bila kita dah masuk U, pensyarah jugak adalah guru kita, so jom wish Selamat Hari Guru ada mereka sekarang!! okay sebenarnya aku nak update entri ringkas saja..

aku nak brterima kasih kepada seluruh warga pendidik yang telah mendidik aku, mengajar aku dari aku tak tahu apa-apa menjadikan aku tahu apa yang aku tak tahu. kat sini aku nak wish selamat hari cikgu kepada cikgu-cikgu yang pernah dan tak pernah pun mengajar aku. meh sini aku nak senaraikan nama-nama cikgu yang betul-betul terpahat dalam sanubari aku sejak tadika sampai laa ni. sebab mereka ni adalah guru kelas aku sepanjang zaman persekolahan aku, tapi bukan bermakna guru-guru lain aku lupa..tidak sama sekali.


Tadika Perpaduan Kalumpang
Cikgu Fatimah (1996)

Sekolah Kebangsaan Kalumpang
Cikgu Alina (1997)
Cikgu Shamsiah (1998)
Cikgu Rosli (1999 dan 2000) <--- cikgu ni lah yang terkait dengan tajuk entri ini
Cikgu Rahim (2001)
Cher Fadzilah (2002)

Sekolah Rendah Agama Kalumpang
Ustazah Samsiah
Allahyarhamah Ustazah Halimah



SMK Kalumpang
Teacher Rosmawati (2003)
Cikgu Suhaimi (2004)
Cikgu Fadzilah (2005)

SMK Serendah
Cikgu Habibah (2006)
Cikgu Halim (Cikgu Akaun paling sempoi)
Cikgu Ali (Cikgu Math Mod garang tapi best)
Cikgu Haidah (Cikgu BM paling lawak pernah aku jumpa)
Cikgu Norlizah (2007)

Tak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah di UiTM Penang dan UiTM Bandaraya Melaka

Ahad, 13 Mei 2012

Hanya Dirimu..Ibu



Seraut wajah...ayunya
Sekuntum senyum...manisnya
Penawar jiwa lara
Menghilangkan sunyi
Menyembuh sukmaku nan selalu merindu
Hanya dirimu

Santun bicara...lembutnya
Amat pengasih jiwanya
Keluhuran budinya
Keikhlasan hatinya
Seri wajah bercahaya
Lambang kesucian di hatimu

Engkaulah teman engkau juga...segalanya
Engkau setia...melamar di jiwaku
Engkaulah tanda kasihmu nan suci abadi
Damainya hati ini
Hanyalah dirimu

Selama dirimu berada di hati
Selagi dirimu setia di sisi
Tak mungkin aku kan berduka...
Tak ku bersedih
Kerna bagi diriku
Hanya dirimu

Keanggunan...wajahnya
Manis bicara...sopannya
Segala keindahan ada pada dirinya
Tak pernah jauh dari hati
Yang selalu kesunyian

Engkaulah teman engkau juga...segalanya
Engkau setia...melamar di jiwaku
Engkaulah tanda kasihmu nan suci abadi
Damainya hati ini
Hanyalah dirimu

Selama dirimu berada di hati
Selagi dirimu setia di sisi
Tak mungkin aku kan berduka...
Tak ku bersedih
Kerna bagi diriku
Hanya dirimu


Selasa, 8 Mei 2012

Turn To Twenty-Two with Twenty Thousand Smile


Assalamualaikum wbt,

Terima kasih semua atas segala ucapan, doa, harapan dan kasih sayang yang telah diberi kepadaku hari ini, pada keluarga, sahabat handai, teman-teman rapat, kurang rapat, renggang dan sebagainya yang meluangkan sedikit masa untuk beri aku sepatah lapan-lima kata sempena ulangtahun aku hari ini, sangat berterima kasih pada semua. kepada teman rapat yang seakan lupa..tidak mengapa aku mengerti kondisi kamu sekarang..busy kerja, belajar dan sebagainya kan.. janji korang tak hilangkan aku terus dari ingatan sudah memadai mungkin.

Aku percaya semua yang korang ucapkan adalah doa yang tulus ikhlas dari lubuk hati korang. Pada yang kurang mengingati tarikh hari ini, aku tak salahkan korang, mungkin aku perlu berbaik dengan korang supaya korang ingat tarikh hari ini, dan ia menjadi lebih tidak mengapa kerana aku pun kadang-kala terlupa akan tarikh-tarikh penting dan istimewa korang semua, ngeh3..so what you don’t give, you will don’t get back..thanx to Mark Zukeberghhh yang hari-hari dok ingatkan korang pasal beday teman-teman korang kan. Gigih si Mark tu ingat semua..kerlasss

Sebenarnya untuk sahabat-handai yang berada dalam dunia blog juga tak kurang hebatnya.. ada juga yang mengetahui dan menge’wishh’, even celebrate sekali pun ada..sangat la berbesar hati. Bila bercakap pasal belog, paling ohsemness adalah hari ini aku berjaya dapatkan hadiah istimewa dari korang semua, hadiah ni aku dapat dari seluruh dunia pulak, nak tahu korang semua bagi apa dekat aku? hehe tengoklah Tinjauan Mesra belogni sekarang..hehe..terimakasih semua atas sokongan. aku ingat tak tercapai pada tarikh hari ini, tapi pagi tadi buka-buka saja..aikk boleh tahan jugak kan..

Aku serius berbelog sampai rasa nak bercinta dengan belog dan mencari cinta juga isteri melaui belog adalah sejak penghujung 2010, walaupun akaun belog dah didaftarkan sejak pertengahan 2009 lagi tapi sejak penghujung 2010 itulah aku serius berkecimpung dalam arena penulisan picisan..sehingga lah tarikh ini aku berjaya mengumpul sejumlah tontonan yang bagi aku agak memberangsangkan. Ada yang tertawa sinis, ada yang cakap eleeehhh sikit tu je? Tak apa..setidaknya aku sendiri berbangga atas pencapaian yang aku sendiri tidak sangka-sangka..

jika ada yang perasan target aku untuk 2012 ni paling-paling aku dapat kumpul 12000 tontonan saja, tapi ini sudah melebihi perangkaan yang aku idamkan, KPI yang aku capai melebihi target asal. Ini semua bukanlah atas usaha aku sendiri, tapi juga sumbangan dari para blogger yang sudi letak belog aku antara feveret blog yang mereka ingin-terjah-setiap-saat-dan-ketika dengan meletakkan di bloglist, sebagai blog yang dorang suka, sebagai belog kawan-kawan, dan sebagai blog BI EFF EFF (sila tersembur air liur ye bila pronounce EFF EFF itteww)..ohmaigod..terharu sangat weyhhh

Akhir kalam, doakan terus kejayaan aku didunia dan akhirat..aku sayang korang semua yang pernah hadir dan muncul dan terkadang memberi kesan kepada hidup aku sepanjang Dua-puloh-Dua tahun ini. 

ingatan sepanjang kehidupan

Ahad, 6 Mei 2012

Bulan Pula Berdusta

Malam ni kulihat Bulan terang 
memancarkan cahaya kekuningan
cantik sangat sumpah tak tipu
tapi berarak pula awan mendung menutup cahaya
apakah dosa bulan sehingga terlindungnya cahaya 
yang ingin dipancarkan pada sang alam

pernah juga terasa diberi cahaya, 
diberi harapan,
tetapi terlindung,
 tertepis ataupun mungkin
 sengaja tidak mahu terasa cahaya harapan
cahaya kasih sayang
sengaja menafi
atau sengaja tidak mempeduli

begitulah bulan pabila berdusta
tidak sangka cahaya yang ingin dipancar dianggap dusta
dusta kerana awan mendung
kerana awan mendung
kerana awan mendung

salahkah bulan?
atau awan yang mendustakan?

sukatilah.

Putih Mendung Kelabu

Hari ini aku lihat awan penuh
penuh melitupi langit
kebiruan langit tak kelihatan langsung
sungguh ku tak tipu

pernah terasa dan bertanya
kenapa selalu faham akan rasa
kenapa tindak tanduk alam sentiasa memahami
dan sentiasa mewakili apa rasa ini

mendung, putih terkadang kelabu
tatap lama-lama sakit juga mata
cahaya mentari seakan merajuk
terang tapi tiada sinar cahaya

sejuk jangan kata
sehingga menusuk ke tulang
jika ada yang dalam dakapan
alangkah nikmat dirasakan

tapi tidak mengapa
selagi bantal menjadi peneman setia
akan ku peluk bantal itu mewakili dirimu
nikmat.

even cloudy days is beautiful